Monday, March 11, 2013

Ahli Sunnah Wal Jamaah


As-salam kepada semua pembaca...disini saya ingin kita bersama merenung hadis2 Rasullullah S.A.W tentang apa yg kita ketahui Ahli Sunnah Wal Jamaah...dan semoga kita dapat dibukakan aqal serta pintu hati kita dengan sedikit tatapan yang tidak seberapa ini...

Hadith Rasulullah S.A.W

“…Hendaklah kamu menyertai jamaah (majoriti umat Islam) dan janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang tersesat)…Sesiapa yang mahu menghuni taman syurga, maka hendaklah dia mengikut jamaah” (Hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, dan Al-Hakim).

“…Dan sesungguhnya pada jamaah itu ada rahmat, dan pada perpecahan itu ada azab.“ (Hadith riwayat Imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tabrani).

“…Aku tidak menyembunyikan sesuatupun (daripada kebenaran). Hendaklah kamu semua bertaqwa dan bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang terkeluar daripada jamaah). Sesungguhnya (dengan keluar dari jamaah) itulah kesesatan. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menhimpun umat Muhammad dalam kesesatan” (Hadith riwayat At-Tabrani)

Daripada Ibn Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“…Yadd (bantuan) Allah itu bersama-sama jama’ah…” (Hadith riwayat Al-Hakim daripada jalan Ad-Dhiya’ Al-Maqdisi)

Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a’zhom (majoriti umat Islam) (Hadith riwayat Ibn Majah)


"Hendaklah kamu bersama-sama dengan Al-Jamaah. Dan janganlah kamu berpecah-belah. Sesungguhnya, syaitan itu berserta dengan yang satu, sedangkan dia lebih jauh daripada yang dua (berbanding yang satu tersebut)." (Hadith riwayat At-Tirmizi daripada jalan Saidina Umar r.a.. Diriwayatkan juga oleh Al-Hakim dan Imam Ahmad).